Selepas berkahwin, Abdul Muttalib mendapat anak sulung lelaki bernama Harith. Apabila Harith dewasa, Abdul Muttalib mendapar mimpi pelik. Imam Ibnu Ishak, seorang ahli sejarah yang besar, melaporkan daripada Ali mimpi ini; ada orang datang menyeru Abdul Muttalib dan menyuruhnya menggali al-tibah.
Tetapi suara itu sudah hilang.
Abdul Muttalib bertanya kepada suara itu, "Apakah al-tibah itu?"
Malam kedua dia bermimpi lagi. Suara itu datang lagi menyuruhnya menggali barrah, Apa barrah itu?" Suara itu sudah hilang. Abdul Muttalib dapat merasakan ada perkara penting, kerana dia tidak pernah mengalami mimpi begitu sebelum ini.
Malam ketiga dia bermimpi lagi, suara dalam mimpi itu berkata, Galilah Al-Madmunah. "Apa itu madhmunah?" tanya Abdul Muttalib, tetapi suara itu hilang lagi.
Semakin kuat Abdul Muttalib merasai ada perkara besar melalui mimpi tiga malam berturut-turut ini.
Malam keempat suara itu berkata lagi, "Galilah Zamzam." "Di manakah Zamzam itu?"
Kali ini suara itu menjawab, "la tidak akan kering selama-lamanya dan tidak akan berkurang, ia akan memberi minum kepada para jemaah haji tetamu Allah Yang Maha Agung, ia berada di antara perut dan darah, di sisi patukan gagak hitam yang ada bulu putih, di rumah kampung semut."
Yakinlah hati Abdul Muttalib. Dia diperintahkan menggali Zamzam. Zamzam memang tidak asing bagi masyarakat Mekah.
Apatah lagi bagi Abdul Muttalib, ketua Mekah pada masa itu. Tetapi, mereka tidak tahu di mana Zamzam itu terkambus. Pada masa itu, tidak masuk akal pula kalau hendak menggal sekelling Kaabah bagi mencari Zamzam. Esoknya, Abdul Muttalib mengajak anaknya Harich
membantunya menggali Zamzam dan mempertahankannya apabila
pemuka Quraisy yang lain menghalangnya.
Abdul Muttalib mula mencari tanda-tanda yang diberikan kepadanya dalam mimpi itu. Tetapi tidak ada satu pun tanda yang disebut itu di sekitar Kaabah. Tiba-tiba, semasa Abdul Muttalib mencari-cari, satu rombongan Arab datang ke situ bagi menyembelih lembu mereka berhampiran dengan berhala Isaf. Cerita Isal
Nailah sudah kita ceritakan sebelum ini.
Daripada penyembelihan ini darah tumpah ke tanah. Lembu yang sudah disembelih itu pula, tiba-tiba bangun dalam keadaaan darah menghambur daripadanya dan jatuh semula di tempat lain. Rombongan tadi menyempurnakan sembelihan mereka di situ
dikeluarkan perut dan dilapah di situ.
Tahulah Abdul Muttalib, di antara tempat lembu itu mula disembelih tadi dan tempat dia jatuh semula, itulah kawasan untik dia menggali Zamzam. Tetapi kawasannya besar, bagaimana dia hendak menggali semua kawasan itu.
Dia mencari lagi tanda-tanda yang lain pula. Akhirnya, dia menjumpai kawasan semut; kampung semut. Tetapi, kawasannya masih tetap cuma lebih kecil daripada kawasan pertama tadi. Semasa Abdul Muttalib berfikir, tiba-tiba datang seekor gagak hitam yang pada bulunya ada satu bulu berwarna putih. Gagak itu mematuk-matuk ke tanah dekat dengan kampung semut tadi. Tahulah Abdul Muttalib, itulah kawasan yang diisyaratkan kepadanya dalam mimpi.
Tempat yang diisyaratkan itu terletak di antara Isaf dan Nailah.
Apabila Abdul Muttalib mula menggali, Quraisy mula gempar. "Apa yang kamu gali wahai Abdul Muttalib? Mana boleh kamu menggali di sini, di tepi Kaabah."
Pada masa itu, Abdul Muttalib memerintahkan Harith anaknya supaya menghadapi Quraisy, sementara dia sendiri terus menggali tanpa berhenti dan tanpa menghirau kekecohan orang-orang Quraisy itu. Dalam kekecohan itu, Abdul Muttalib sudah sampai kepada batu penutup telaga. Abdul Muttalib menjerit, "Maha Besar Tuhan, Maha Besar Tuhan." Dengan itu tahulah Quraisy, Abdul Muttalib sudah menjumpai apa yang dia cari.
Mereka bertanya lagi, "Apa yang kamu gali, wahai Abdul Muttalib?" Kali ini barulah Abdul Muttalib menjawab, "Aku menggali Zamzam." Abdul Muttalib terus menggali sehinggalah dia bertemu dengan Zamzam.
Pada masa itu, Quraisy mula tamak.Mereka juga hendak berkongsi telaga Lamzam itu dengan Abdul Muttalib. Mereka meminta Abdul Muttaliß menjadikan Zamzam itu hak bersama.Masing-masing tamak ingin berkongsi telaga dengan Abdut Muttalib. Ini adalah kemuliaan yang besar bagi mereka. Abdul Muttalib tidak bersetuju) dia yang menggali dan pada awalnya mereka semua menghalangnya. Sekarang apabila sudah jumpa telaga Zamzam, mereka mahu berkongsi dengannya bagi menguruskan telaga ini.Abdul Muttalib tidak bersetuju tetapi Quraisy tetap berkeras. Perselisihan ini hampir menyebabkan berlakunya peperangan antara mereka dan suku Abdul Muttalib.
Akhirnya, mereka semua bersetuju mencari hakim bagi memutuskan perselisihan mereka. Mereka semua bersetuju mengambil( Kahinah, seorang/pendeta wanita yang dihormati dalam masyarakat pada masa itu. Pendeta ini daripada suku Saad yang berada di Yathrib. Mereka pun pergi ke(Yathrib) apabila sampai di sana, rupa-rupanya Kahinah ini sudah pergi ke Khaibar. Mereka pun berkejar pula ke Khaibar. Begitulah kedudukan pendeta dalam masyarakat pada masa itu.
Pada pertengahan jalan, Abdul Muttalib dan orang-orangnya kehabisan air, mereka meminta air daripada Quraisy yang lain tetapi air mereka juga tinggal sedikit dan untuk mereka pun tidak mencukupi.
Di tengah-tengah padang pasir yang tidak bertepi itu mereka kehabisan air, tidak ada sumber air berdekatan dari situ. Pada masa itu, orang-orang Abdul Muttalib putus harapan bagi mendapatkan air.
Akhirnya, mereka bertanya pandangan Abdul Muttalib.
Abdul Muttalib berkata,"Sekarang kita gali kubur masing-masing, daripada kita semua mati tidak ditanam biarlah seorang sahaja yang tidak ditanam iaitu yang paling akhir mati." Apabila sudah siap kubur, masing-masing menunggu saat kematian. Tetapi, akhirnya datang fikiran kepada Abdul Muttalib supaya berusaha lagi mencari air. Abdul Muttalib mengajak semua orang-orangnya mencari lagi air. Semasa sibuk-sibuk,( unta )Abdul Muttalib sambil bangun daripada duduknya terhentak kakinya ke tanah. Maka, dengan kuasa Tuhan keluar air dari situ. Mereka semua dapat minum dan air masih ada lagi.Abdul Muttalib memanggil orang. orang Quraisy juga untuk mengambil air dari situ.
Melihat kejadian yang pelik itu, kesemua mereka berkata kepada Abdul Muttalib, "Yang memberi kamu minum air di tengah-tengah padang pasir ini, dialah yang memberikan Zamzam pada kamu.
Zamzam kepunyaan kamu."
Mereka tahu, ini tanda Tuhan ingin memberitahu mereka Zamzam untuk Abdul Muttalib. Siqayah iaitu memberi minum kepada jemaah haji dan Zamzam adalah kepunyaan Abdul Muttalib dan keturunannya.
0 Comments