CARA MATIKAN STEM ONLINE (UNTUK GURU)

 *Cara-cara matikan setem hasil secara online:*


1) Buka link stamps.hasil.gov.my


2) Tekan ‘daftar ID disini’ dan daftar dulu.


3) Log masuk dekat bahagian ‘Penyeteman Dokumen Secara Dalam Talian’


4) Tekan 3 line, lepastu tekan ‘Penyeteman’  


5) Bahagian Maklumat Am: 

- Pilih Penyeteman Am

- Pejabat Setem (pilih negeri sendiri)

- Tarikh perjanjian (hari beli/matikan setem)


6) Maklumat Am

- Pejabat (pilih negeri sendiri)

- Nama perjanjian: Borang Perjanjian Pegawai Kontrak (Interim)

- ⁠Bawah dia: Perjanjian Perkejaan

- ⁠Prinsipal/ Subsidiari: Pilih Prinsipal



7) Bahagian A:  


Maklumat Pihak Pertama

- Pilih syarikat tidak berdaftar dengan SSM

- ⁠ Nama Seperti Dalam Perjanjian: Kerajaan Malaysia

- ⁠No Pendaftaran Syarikat: 0000

- ⁠No Cukai Pendapatan: kosongkan

- ⁠Syarikat: Tempatan

- ⁠Alamat: No. 5 Persiaran Perdana, Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

- ⁠Bandar: Putrajaya

- ⁠Negeri: WP Putrajaya

- ⁠Poskod: 62592

- ⁠No telefon: 0380008000


Maklumat Pihak Kedua


- Isi semua maklumat diri sendiri.


8) Bahagian B:


- Tarikh surat cara/ perjanjian: Tarikh harini/ tarikh matikan setem

- ⁠Butiran surat cara: 0

- ⁠Bilangan salinan: 1 (nanti masa print setem akan keluar 2 dan kena bayar RM 20)

- ⁠Peremitan/ Pengecualian: Biarkan ‘sila pilih’.


9) Lampiran:

- No. 1  upload borang ‘Borang Perjanjian Pegawai Kontrak baru ditandatangani

- No 2, upload borang perjanjian pegawai kontrak yang lama (perjanjian masa mula2 masuk menjadi guru)


10) Perakuan:

- No. rujukan: kosongkan

- ⁠Ulasan: kosongkan

- ⁠Tick kotak kecik bawah tu dan hantar



- Nanti tuan/puan akan dapat email dari Duti Setem LHDN menyatakan permohonan diterima dan boleh bayar.


Teruskan pembayaran rm20.


{THEN CONNECT LAPTOP TO PRINTER SIAP², ON SIAP² & LETAK KERTAS}


Siap bayar, pdf setem tu ready to print.

Save lah satu copy PDF setem tu ya.


Then boleh terus print setem tu dua keping.

Post a Comment

0 Comments