TUGASAN 1 PRKA3012 - RPH TAYAMUM TAHUN 5

 

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

BIDANG

PENDIDIKAN ISLAM (IBADAH)

KELAS

5 FATEH 

TARIKH / HARI

23.3.2023 (KHAMIS)

BILANGAN MURID

20 MURID (10 LELAKI, 10 PEREMPUAN)

MASA

8:00 AM – 9:00 AM (1 JAM)

TAJUK

Tayamum

KEMAHIRAN / FOKUS

Membaca, mendengar, menulis dan berkomunikasi

PENGETAHUAN SEDIA ADA

Murid telah mempelajari syarat sah solat.

STANDARD KANDUNGAN

4.1  Merumus dan mengamalkan konsep tayamum secara betul dan beradab.

STANDARD PEMBELAJARAN

4.1.1     Menerangkan pengertian tayamum

4.1.2     Menerangkan sebab-sebab yang mengharuskan tayamum

4.1.3     Menjelaskan rukun dan sebab tayamum

OBJEKTIF

PEMBELAJARAN

Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :

1. Menyebut pengertian tayamum dengan tepat.

 

2. Menulis sebab-sebab yang mengharuskan tayamum dengan yakin.

 

3. Mengaplikasikan rukun dan sunat tayamum dengan betul.

PENTAKSIRAN

Lisan (sebutan), kuiz dan soal jawab

KEMAHIRAN BERFIKIR

Pengetahuan, kefahaman dan aplikasi

GABUNGJALIN

Muzik : Lagu “Rukun dan Sunat Tayamum”

PENYERAPAN ILMU

Akhlak: Jimat dalam penggunaan air

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM

Keusahawanan : Murid bekerjasama dan mempunyai daya saing untuk melaksanakan aktiviti kumpulan\

 

Teknologi maklumat dan komunikasi : Penggunaan powerpoint, video dan audio untuk menarik minat pelajar.

PENERAPAN NILAI

Beradab, berani, yakin, kerjasama, bersungguh-sungguh

BAHAN BANTU MENGAJAR

1. Video lakonan “Tiada Air”

2. Slaid powerpoint pengertian tayamum.

3. Kotak hikmah

4. Gambar-gambar yang berkaitan dengan sebab yang mengharuskan tayamum.

4. Audio Lagu Rukun dan Sunat Tayamum.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

LANGKAH/MASA

ISI KANDUNGAN

AKTIVITI

CATATAN

MUQADDIMAH

( 2 MINIT )

Doa belajar

 

 

 

 


1.    Murid membaca doa belajar bersama-sama

 

 

 

 

 

Nilai:

- Beradab

SET INDUKSI

(5 MINIT)

Video lakonan “Tiada Air”

 

 

Soalan:

1. Waktu ambil wudu’, kamu selalu buka air besar atau kecil?

2. Pernah alami situasi ini di rumah?

3. Jika tiada air, apa yang kamu lakukan untuk menggantiikan wudu’

 

1.    Guru menayangkan video lakonan “Tiada Air”

 

2.    Guru mengaitkan video tersebut dengan mengemukakan beberapa soalan.

 

3.    Guru menasihati murid untuk tidak membazir dalam penggunaan air.

 

  1. Guru bersoal jawab dengan murid tentang apakah cara untuk solat jika tiada air.

 

 

Kaedah: Soal jawab

 

Penyerapan Ilmu: Akhlak (Jimat dalam penggunaan air)

 

Nilai: Berani & yakin

 

BBM: Video lakonan “Tiada Air”

 

 

 

LANGKAH 1

 (15 MINIT)

Tayangan slaid pengertian tayamum

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

1.    Guru menayangkan pengertian tayamum menggunakan slaid pembelajaran.

 

2.    Murid-murid diminta mengulang pengertian tayamum secara kelas, kumpulan dan individu.

 

3.    Secara berkumpulan, murid-murid menyebut pengertian tayamum sambil membuat simulasi mengikut kreativiti masing-masing.

 

Kaedah: Tikrar, Simulasi

 

Nilai: Kerjasama

 

BBM: Slaid Powerpoint

 

 

 

 

LANGKAH 2

(15 minit)

Sebab-sebab yang mengharuskan tayamum

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

1.    Murid diberikan kotak hikmah yang berisi dengan gambar-gambar yang berkaitan dengan sebab yang mengharuskan tayamum.

 

2.    Setiap kumpulan, akan mengambil salah satu daripada gambar daripada kotak hikmah.

 

3.    Murid akan berbincang apakah sebab yang mengharuskan tayamum berdasarkan gambar yang mereka perolehi.

 

4.    Murid menampal gambar dihadapan dan menulis sebab yang mengharuskan tayamum di papan putih.

 

 

Kaedah: Perbincangan

 

Nilai: Bersungguh-sungguh

 

BBM: Kotak hikmah, gambar-gambar yang berkaitan dengan sebab yang mengharuskan tayamum.

LANGKAH 3

(15 MINIT)

Lagu “Rukun dan Sunat Tayamum”

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

1.    Guru memaparkan tayangan lagu “Rukun dan Sunat Tayamum”

 

2.    Guru dan murid menyanyikan lagu rukun iman bersama-sama.

 

  1. Murid menyanyikan lagu secara berkumpulan dan  mengikut kreativiti gaya tersendiri.

 

Kaedah: Belajar sambil bermain.

 

Nilai: Kerjasama

 

ABM: Audio Lagu Rukun dan Sunat Tayamum.

 

Gabung Jalin: Muzik (Lagu “Rukun dan Sunat Tayamum”)

 

PENUTUP

(8 MINIT)

Kuiz Tayammum

 

1.    Murid dibahagikan kepada beberapa buah kumpulan.

 

2.    Secara berkumpulan, murid akan menjawab soalan yang dipaparkan dihadapan.

 

3.    Kumpulan yang mempunyai markah tertinggi dikira sebagai pemenang.

Kaedah: Perbincangan

 

Nilai: Kerjasama

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Post a Comment

0 Comments