LAPORAN TEMU BUAL:
KEPELBAGAIAN SOSIO BUDAYA YANG ADA DI BILIK
DARJAH, KESAN DAN IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIO BUDAYA YANG WUJUD TERHADAP
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MURID.
1. Tarikh dan masa temu bual:
16 Februari 2023, 10:44
2. Nama Guru:
Norashikin Binti Salim
3. Nama sekolah:
SK Peserian, Batu Pahat
4. Pengalaman mengajar:
15 tahun
5. Hasil dapatan temu bual – aspek
kepelbagaian sosiobudaya, kesan kepelbagaian sosiobudaya dan implikasi:
Berdasarkan temu bual yang telah
saya jalankan, terdapat
beberapa kesan dan implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada murid, guru, sekolah
dan kurikulum. Menurut responden yang saya telah menemu bual, beliau telah
memfokuskan kepada satu aspek kepelbagaian sosiobudaya di SK Peserian, Batu
Pahat iaitu jantina. Saya bersetuju dengan kenyataan responden berkenaan dengan
aspek sosiobudaya. Menurut Noriati A Rashid et al., (2014) konsep sosiobudaya
terdiri daripada beberapa aspek seperti bangsa, bahasa, struktur sosial, adat
resam, kepercayaan dan jantina.
Kesan
perbezaan ini boleh dilihat dari aspek gaya pembelajaran lelaki dan perempuan. Menurut
responden pelajar lelaki akan lebih berminat kepada sesi akademik yang
memerlukan pergerakan. Sesuai dengan kajian Zalizan Mohd Jelas et al., (2005), pelajar lelaki lebih cenderung kepada gaya
pembelajaran tidak berstruktur iaitu lebih cenderung kepada visual, taktual dan
kinestatik serta memerlukan pergerakan dalam suasana tidak formal berbanding
pelajar perempuan. Sebagai contoh, pelajar lelaki lebih suka sesi pembelajaran
yang tidak terlalu formal dan membolehkan mereka bergerak. Mereka sukar memberi
tumpuan dalam satu jangkamasa yang lama untuk mendengar pengajaran guru
berbanding pelajar perempuan (Monalisa Harun Chong, 2015). Pelajar lelaki juga
lebih suka kepada visual seperti program komputer yang mempunyai gambar,
berwarna dan gambarajah. Di samping itu, mereka lebih cepat mengingat melalui
apa yang dilihat di televisyen, tayangan gambar atau video.
Menurut
responden juga, murid perempuan lebih tekun dalam membuat latihan. Ini bertepatan dengan kenyataan Muhammad Kamarul Kabilan (1998) pelajar
perempuan lebih mengambil berat tentang tugas, melakukan kerja dengan teratur
dan mengikut jadual serta mengikut arahan dengan teliti berbanding pelajar
lelaki. Hal ini menunjukkan bahawa pelajar perempuan mempunyai amalan yang
diperlukan untuk memenuhi keperluan pembelajaran di bilik darjah, iaitu gaya
pembelajaran yang bersesuaian dengan gaya pengajaran guru perempuan. Kebanyakan
guru lebih cenderung untuk mengajar dengan kaedah chalk and talk yang
sememangnya sesuai untuk murid perempuan menguasai isi pembelajaran.
Dalam laporan ini, penulis
memfokuskan implikasi kepelbagaian sosial kepada dua aspek iaitu murid dan guru.
Dalam konteks murid, corak asas ke atas budaya murid merupakan salah satu
implikasi kepelbagaian sosiobudaya yang dapat dilihat dalam kalangan murid di
sekolah tersebut. Hal ini demikian kerana pendekatan dalam menyelesaikan
tugasan dan pendekatan untuk mengetahui sesuatu perkara adalah berbeza dalam kalangan
murid di sekolah tersebut. Sebagai contohnya, di sekolah tersebut terdapat
murid yang memfokuskan gaya pembelajaran kinestitik untuk mengetahui sesuatu
perkara dan terdapat juga murid yang memfokuskan audio untuk mengetahui sesuatu
perkara. Jadi, para murid harus mengetahui gaya pembelajaran yang mereka
gunakan agar dapat mengoptimumkan gaya tersebut untuk menguasai isi
pembelajaran mereka.
Menurut responden, kepelbagaian
sosiobudaya dalam kalangan murid juga memberikan implikasi terhadap guru kerana guru ialah insan yang
bertanggungjawab membimbing murid untuk mencapai potensi diri dalam akademik
dan sosial (Noriati A. Rashid et al., 2018). Pembelajaran yang berkesan bagi sekumpulan pelajar
tidak semestinya berkesan bagi kumpulan lain. Guru tidak seharusnya menganggap
semua pelajar boleh belajar melalui cara yang sama. Pendidikan yang saksama
buka bermakna sistem penyampaian yang sama. Kesaksamaan pendidikan lebih
bergantung kepada persekitaran tempat tinggal pelajar, faktor status
sosioekonomi keluarga dan gaya pembelajaran pelajar. Dengan mengambil kira
faktor-faktor yang membantu pembelajaran, guru dapat menyediakan pembelajaran
yang berkesan mengikut kemampuan pelajar. Satu strategi yang boleh digunakan
ialah pembelajaran koperatif. Melalui struktur pembelajaran koperatif, pelajar
dalam kumpulan heterogenous dapat berkongsi pengetahuan dan pengalaman, belajar
bersama-sama, saling membantu dan berinteraksi untuk memastikan pencapaian
kumpulan (Aznal Arief Ramli, 2021). Pelajar yang mempunyai pelbagai latar
belakang, etnik, taraf sosial dan pencapaian dapat saling belajar dan mengenali
budaya secara tidak langsung.
Kesimpulannya,
kepelbagaian sosiobudaya murid mempengaruhi proses pembelajaran murid dan
memberi kesan kepada pengurusan bilik darjah mesra budaya. Oleh itu, sebagai
bakal guru, saya akan cuba sedaya upaya untuk meningkatkan kesedaran terhadap
kepelbagaian sosiobudaya bagi mewujudkan bilik darjah yang mesra budaya dengan
mengintegrasikan lima elemen kepelbagaian sosiobudaya dalam proses pengajaran
dan pembelajaran kelak. Oleh itu, saya perlu membuat persiapan rapi untuk
menyokong pengurusan bilik darjah yang mesra budaya selain menerapkan budaya
pembelajaran abad ke-21 dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
(632 patah perkataan)
RUJUKAN
Aznal Arief Ramli. (2021). Implikasi
Kepelbagaian Sosiobudaya. Academia.edu. https://www.academia.edu/8584318/Implikasi_Kepelbagaian_Sosiobudaya
Monalisa Harun Chong. (2015, June 16). 3
Perbezaan Gaya Belajar Anak Lelaki - awaleducation. Awaleducation.
https://awaleducation.com/3-perbezaan-gaya-belajar-anak-lelaki
Muhammad
Kamarul Kabilan, A. (1998). Identifying Teaching Styles to Improve Teaching
in an ESL Classroom. Kertas Kerja. MICELT International Conference, 18-20
Mei, Pulau Pinang
Noriati
A. Rashid, Lee, K.C, Zulkifli Mahayudin, & Zakiah Noordin. (2014). Falsafah
dan Pendidikan di Malaysia. Oxford Fajar Sdn.Bhd.
Warrington,
M., Younger, M., & Williams, J. (2000). Student attitude, image and
the gender gap. British Educational Research Journal, 26,
393–407.
Zalizan
Mohd Jelas, Saemah Rahman, Roselan Baki & Jamil Ahmad. (2005). Prestasi
akademik mengikut gender. Jurnal Pendidikan, 30, 93–111.
0 Comments