CONTOH PENGHARGAAN UNTUK KERJA KURSUS

 

 

Bersyukur ke atas tuhan dengan limpahan rahmat serta nikmat masa, nyawa tenaga yang dianugerahkan dapat juga saya menyempurnakan tugasan bagi kerja kursus Budaya dan Pembelajaran (EDUP3073) ini dengan jayanya.

Pertamanya, saya ingin memberikan sepenuh penghargaan kepada pensyarah saya, En. Sulaiman Bin Ahmad kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa saya kerana tidak jemu memberikan kata- kata semangat sehingga saya mampu menyempurnakan tugasan ini dengan baik. Tidak dilupakan juga kepada rakan-rakan seperjuangan saya kerana telah banyak memberikan banyak nasihat dan panduan bagi merealisasikan dan menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Akhir madah, saya mengucapkan ribuan terima kasih sekali lagi kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menyempurnakan kerja kursus ini.

Post a Comment

0 Comments