HANYA SEMINGGU - TERUS LANCAR DAN FASIH BERBAHASA ARAB



Assalamualaikum wbt

Berapa lama saya ambil masa untuk mampu bercakap bahasa arab dengan laju dan tanpa berfikir?

Sebenarnya, hanya dalam masa seminggu anda sudah mampu untuk berkomunikasi dalam bahasa arab dengan fasih. Insyallah, saya akan kongsikan 4 langkah mudah. Lakukannya setiap hari secara konsisten dan insyallah dalam masa seminggu anda sudah mampu berkomunikasi dalam bahasa arab dengan lancar.

 

1. Mendengar komunikasi bahasa arab sekurang-kurangnya 1 jam sehari

Percayalah bahawa sekarang anda tidak mampu berbahasa arab dengan baik hanya kerana telinga anda yang tidak terbiasa dengan bahasa ini. Oleh sebab itu, otak kita juga tidak terbiasa dengan bahasa arab. Jadi, kalau telinga dan fikiran kita sendiri tidak terbiasa dengan bahasa ini, apa lagi kalau nak bercakap?

Jadi, mulai hari ini kita pasang azam untuk dengar apa-apa sahaja perbualan dalam bahasa arab atleast 1 jam sehari.

 

Tapi, saya tidak faham langsung apa yang saya dengar?

Ya kalau baru mula, memang kita tak akan faham apa pun sepatah orang arab tu cakap apa. Tapi, ingat yaa kita mendengar bukan dengan tujuan memahaminya. Tujuan kita mendengar selama 1 jam ini hanya untuk menjadikan telinga dan otak kita terbiasa dengan bahasa baru ini. Ingat! Tujuan kita hanya untuk mendengar sahaja. Tak perlu susah-susah untuk memahaminya.

 

Bagaimana cara mendengar yang tepat agar tidak cepat bosan?

Ramai pelajar yang saya lihat pada awalnya semangat berkobar-kobar. Hari pertama dia boleh tonton Youtube dalam bahasa arab selama 2 jam. Esok semangatnya dah hilang. Katanya sebab susah dan memerlukan masa yang sangat lama untuk fokus dan duduk hanya untuk mendengar apa yang orang arab tu bebel.

Sebenarnya metod mendengar yang digunakan salah. Dalam usaha untuk mendengar, saya sarankan untuk dengar podcast ketika kita sedang membuat kerja yang ringan, dan tidak memerlukan fokus y tinggi. Contohnya, ketika jemur baju, sapu rumah, dalam kereta dan sebagainya. Dengan cara tersebut, kita tidak akan merasa penat dan give up untuk menghabiskan 1 jam tersebut. Tahu-tahu je dah settle. Lagipun tujuan kita hanya untuk mendengar sahaja!

 

Dimana saya boleh dengar?

Disini saya sudah sediakan link podcast yang boleh anda download dan dengar.

 

2. Menghafal satu set perbualan tentang satu situasi (sehari)

Saya dah hafal banyak vocab, tetapi tidak boleh bercakap pun?

Sebenarnya cara hafal kamu itu yang salah. Mulai hari ini, jom kita tukar. Kita tidak lagi menghafal perkataan dalam bahasa arab, tetapi saya sarankan untuk hafal ayat-ayat tentang satu situasi. Satu hari hafal satu situasi. Contohnya, situasi hari raya. Hafal satu perbualan yang menceritakan tentang hari raya. Lebih banyak ayat yang kita hafal, lebih mudah untuk kita berkomunikasi dalam bahasa arab tanpa berfikir.

 

Dimana saya boleh dapatkan bahan untuk menghafal perbualan bahasa arab?

Disini saya sudah senaraikan beberapa buah aplikasi yang sangat bagus untuk anda. Aplikasi ini menyediakan ratusan situasi di dalam bahasa arab untuk anda hafal.

 

3. Bercakap!

Nak pandai cakap bahasa arab, anda memang perlu bercakap. Tidak bercakap alamatnya sampai kesudah, confirm tak boleh bercakap.

Cakap dalam bahasa arab dengan cikgu, pensyarah, keluarga atau kawan-kawan.

Tetapi, kawan-kawan saya semua tidak tahu cakap bahasa arab

No problem, cakap dengan diri sendiri. Caranya, anda kan sudah hafal satu set perbualan dalam bahasa arab. Kemudian, anda cuba untuk praktikkan nya balik tanpa melihat teks perbualan tersebut sehingga betul-betul lancar. Confirm! Cukup seminggu, anda sudah boleh bercakap dalam 7 situasi tanpa tergagap-gagap.

 

4. Ekspresikan apa yang anda rasa di dalam bahasa arab

Contohnya, anda melihat pokok. Then, ekspresikan apa y anda rasa tentang pokok tersebut.

هذه شجرة جميلة ومثمرة وأوراقها خضراء

Tapi mesti ada vocab yang saya tidak tahu?

Tak mengapa, tulislah vocab yang kamu tidak tahu itu, then cari di dalam kamus dan ulangi untuk mengekspresikan lagi.

Disini saya sediakan kamus online yang sangat bagus untuk anda download.

Tujuan langkah keempat ini adalah untuk mengeluarkan segala informasi linguistik dari fikiran kamu dan ekspresikan secara bebas di dalam bahasa arab. Contoh nya anda melihat kerusi tidak tersusun, cuba untuk translate dalam bahasa arab. Mudahnya, apa y anda lihat dan terlintas di dalam hati anda, terus ekspresikan di dalam bahasa arab.

 

Lakukan 4 langkah mudah ini secara konsisten setiap hari. Dengar 1 jam, hafal satu set perbualan, praktik & ekspreskan. Insyallah, confirm dalam masa seminggu sahaja anda sudah mampu untuk berkomunikasi di dalam bahasa arab tanpa berfikir.

Post a Comment

1 Comments

  1. Assalamualaikum. Tak ada pun link podcast, aplikasi dan kamus online yang ustaz sebut tu

    ReplyDelete