4 KELEBIHAN STAM YANG STUDENT PATUT TAHU

 


1. SIJIL SETARAF ASASI/MATRIKS/DIPLOMA/STPM

STAM merupakan fast track untuk anda dapat menyambung Ijazah Sarjana Muda (Degree)


2. MASA YANG SANGAT SINGKAT

Pelajar STAM hanya perlu belajar selama setahun sahaja dan terus boleh menyambung pengajian di peringkat Degree. Jika nak dibandingkan dengan Asasi (1 ½ tahun), Matriks (1 - 2 ½ tahun) dan diploma (2 ½ Tahun - 3 Tahun) dan STPM (1 ½ tahun), maka STAM merupakan antara platform fast track yang paling terbaik untuk menyambung ke peringakat degree.

 

3. YURAN PENGAJIAN YANG SANGAT MURAH

Pengalaman saya sendiri sebagai pelajar STAM, kita hanya perlu membayar RM1000 SAHAJA selama pengajian di sana selama setahun. Yuran tersebut sudah termasuk makan minum, buku, penginapan asrama dan yuran pengajian. Kiranya, kita tidak perlu susah-susah memikir nak bayar duit makan atau nak sewa rumah kerana semua sudah disediakan.

 

4. BOLEH MENYAMBUNG PENGAJIAN KE PERINGKAT DEGREE DI DALAM DAN LUAR NEGARA

Istimewa untuk pelajar lepasan STAM kerana kerajaan Malaysia menawarkan pelbagai bidang untuk anda menyambung di IPTA dan IPTS di seluruh Malaysia. Bahkan, anda juga berpeluang untuk menyambung ke luar negara di Universiti Al-Azhar, Mesir.

Post a Comment

0 Comments