Antara kelebihan Institut Pendidikan Guru adalah:
1. Elaun
Inilah perkara yang paling beruntung apabila korang belajar di
sini. Walaupun korang masih belajar, tetapi korang akan diberikan elaun RM430
(SETIAP BULAN) oleh kerajaan selama 5 tahun. Berdasarkan pengalaman saya
sebagai siswa guru, RM430 itu memang sudah cukup untuk makan, minum, topup dan
shopping. Ini nasihat ikhlas dari hati, ingat-ingatlah kepada kedua ibu bapa,
hukurkanlah juga kepada mereka sedikit duit dari elaun walaupun mereka tak
meminta dan tak memerlukan. Percayalah, mereka pasti hargai.
2. Elaun perjalanan
Korang juga akan ada elaun perjalanan/pengangkutan yang berjumlah
RM500/setahun. Elaun boleh dituntut dengan syarat-syarat tertentu
3. Tidak perlu membuat pinjaman PTPTN
Bukan setakat dapat elaun, pembelajaran korang pun ditaja dan tak
berlu bayar apa-apa selama 5 tahun belajar disini. Korang hanya perlu membayar
RM500 sebagai yuran pendaftaran sekali seumur hidup. Sangat beruntung!!
4. Penginapan percuma disediakan
Asrama juga disediakan oleh pihak IPG untuk korang tinggal di dalam
kampus secara percuma. Kalau korang belajar di institut universiti lain,
sah-sah dah kena keluar duit untuk bayar yuran asrama. Belajar pun free, rumah
pun free. Dapatlah juga korang mengurangkan beban parent kann.
5. Jaminan pekerjaan di masa hadapan
Sebenarnya apabila korang dah masuk je IPG, korang sudah berada
dalam pra-perkhidmatan dalam kerajaan. Dengan kata mudah, selepas sahaja
graduate, korang akan terus dihantar untuk menjadi guru di sekolah rendah.
Berbeza dengan pelajar-pelajar yang mengambil ijazah pendidikan di universiti
awam. Walaupun mereka mempunyai kelulusan degree yang sama dengan korang,
tetapi mereka tidak dijamin oleh kerajaan untuk terus diserap menjadi guru.
Mereka perlu menghadapi pelbagai temuduga, saringan dan tapisan untuk ditapis
menjadi seorang guru. Tetapi special untuk korang yang dah habis IPG, korang
akan terus diserap menjadi guru kerana IPG merupakan institusi yang berada
directly di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
SELAMAT MAJU JAYA BAGI YANG INGIN BERGELAR SEBAGAI SEORANG
PENDIDIK!
0 Comments