CARA MENJADI GURU/TUTOR ONLINE (PART TIME/FULL TIME)



Assalamualaikum w.b.t

Insyallah, kalini saya akan berkongsi sedikit pengalaman saya sendiri ketika memohon menjadi tutor online dan alhamdulillah kini saya merupakan antara tutor di beberapa buah pusat tuisyen.

 

Bagaimana saya nak tahu, pusat tuisyen yang menawarkan jawatan kosong?

Sangat mudah. Saya hanya menggunakan Facebook dan taip di bahagian search: “Jawatan kosong tutor online” / “Jawatan kosong tutor part time”. Insyallah, memang banyak pusat tuisyen yang memerlukan perkhidmatan tutor online. Kebiasaannya, mereka akan meminta anda untuk contact mereka di WhatsApp atau menghantar resume pada email syarikat. Jadi tugas anda adalah untuk memohon SEMUA jawatan kosong yang ada. Hal ini kerana, anda sendiri tidak tahu adakah anda diterima atau ditolak untuk menjadi seorang tutor.

 

Cara nak buat resume?

Gunakan JobStreet.com. Disitu, anda hanya perlu mengisi maklumat peribadi, latar belakang pendidikan, pengalaman kerjaya dan sebagainya. Daripada data tersebut, JobStreet akan menyiapkan satu resume yang sangat baik dan sekaligus mudah untuk HR terima anda sebagai tutor.


Semoga maju jaya. Assalamualaikum w.b.t.

Post a Comment

0 Comments