Assalamualaikum wbt
الحمد لله رب العلمين والصلاة والسلام على رسوله
وأصحابح أجمعين
Antara requirement sebelum kita masuk
kedalam universiti dlm negara, mereka memerlukan data kesihatan bg memastikan
kesihatan kita dalam keadaan optimum atau pun jika kita menghadapi apa ii
penyakit kronik, maka itupun dlm pengetahuan mereka. Insyallah, kali ini saya
akan berkongsi pengalaman saya membuat Medical Check up (MC) di klinik
kerajaan.
Kenapa saya memilih klinik kerajaan?
Kerana bayaran yang dikenakan memang cukup
murah jika nak dibandingkan dengan klinik swasta. Di klinik kerajaan, bayaran y
dikenakan di tempat saya hanyalah RM21.00.
Apa yang perlu saya bawa?
1)Salinan surat tawaran belajar
2)Borang mc yang disediakn oleh pihak
universiti
3)IC
4)RM 21
Kalau saya tak bawa dokumen-dokumen
tersebut, apa yang akan jadi?
Pegawai klinik kerajaan tersebut akan
meminta kamu balik dan dapatkan dahulu dokumen di rumah.
Pukul berapa yang sesuai untuk buat Medical
Check up?
Di Klinik Maharani, Muar hanya dibenarkan
buat mc drpd pukul 2:00 petang sehingga pukul 4:30 petang. Lain tempt lain
masanya...so survey laa tempat masing-masing pukul berapa klinik tu bagi buat
mc.
Tapi, saya tnyalah jugak kat pegawai y ada
kat situ. Kak, kenapa kitorang tak boleh nak buat pukul 8 pagi je. kan lagi
senang. Owhh, klo wktu pagi tu hanya untuk orang tua. Org muda mcm awk nii,
petang lah. Lah gitu pulak
Tapi nii kat klinik Maharani tau. So survey
kat tempat korang, bila masa y dibenarkan untuk buat mc. At least xdelah pegi
hospital 2 kali sebab korang datang pada waktu yang salah.
Apa yang perlu saya buat ketika sampai di
klinik?
First, boleh dapatkan dahulu no giliran.
Boleh bertanya kpd jururawat y ada kat situ. Saya nak buat mc, tekan no berapa
ea puan?
So, kat sini kesabaran adalah kunci
segala-galanya. Nasihat saya, kalau giliran korang jauh lagi, antara tips dan
rahsia untuk urusan cepat dan dipermudahkan adalah dengan memperbanyakkan
selawat. Sebab, bukannya mahluk yang selesaikan urusan kita, tapi Allah swt
yang gerakkan mereka untuk selesaikan urusan kita. so mintalah dan berharaplah
kepadaNya. InsyaAllah smua urusan akn dipermudahkan.
Next, bila masa giliran korang kena
panggil, bagilah dokumen-dokumen yang korang dah bawa. Mereka akan minta
bayaran RM21. Then klo mcm saya dia akn bgi 4 no bilik untuk ujian makmal,
xray, kira berat dan tinggi n last skli jumpa doktor. Nnti doktor tuu y akn isi
segala mklumt dlm borang MC korang.
Settle dah.....
Ok itu sahaja untuk perkongsian kali
nii....harap korang semua y nk buat mc tuu dptlaa buat dgn cept dan
sempurna....insyaAllah
Akhir kalam,saya sudahi dengan
Assalamualaikum wbt
0 Comments