PORTFOLIO PBS

 

1.0 Biodata pelajar

 


BIL

SENARAI

MAKLUMAT

1

NAMA PELAJAR


2

NO. KAD PENGENALAN


3

NO. TELEFON


4

E-MEL


5

AMBILAN DAN PENGKHUSUSAN

JUN 2021

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN PENGAJIAN AGAMA

6

TAHUN DAN SEMESTER

TAHUN: 2021

SEMESTER: 3

7

TARIKH PBS

20 MAC HINGGA 24 MAC 2022

2.0 Pengenalan

 

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu program yang dijalankan oleh pihak Badan Pendidikan Guru melalui Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Semua guru pelatih wajib menjalani program ini di sekolah pilihan masing-masing. Melalui program ini saya didedahkan dengan pelbagai perkara yang berkaitan dengan sekolah seperti iklim sekolah, ilmu sebagai pendidik, prasarana dan murid-murid di sekolah. Saya telah menjalankan PBS di Sekolah Kebangsaan Pekan Baharu, Batu Pahat. Dalam melaksanakan PBS ini, saya dikehendaki mencari maklumat mengenai sekolah, serta melaksanakan beberapa pemerhatian dan kajian terhadap pendekatan, strategi, kaedah dan teknik yang digunakan oleh para guru Pendidikan Islam. Semasa menjalankan PBS ini saya telah mendapatkan maklumat daripada beberapa pihak seperti guru penolong kanan, guru panitia, kakitangan sekolah dan murid-murid yang bersekolah di sekolah ini. Saya juga menggunakan beberapa kaedah dalam menjalankan program PBS ini. Data-data yang saya dapati telah dianalisis dan kumpulkan untuk dijadikan satu portfolio. Berdasarkan maklumat-maklumat yang diperolehi, saya berharap tugasan ini dapat membantu saya agar lebih mengenali sekolah dan saya berharap tugasan ini dapat memenuhi kehendak pensyarah yang terlibat.

3.0 PERNYATAAN PROFESIONAL

 

3.1 Sebelum PBS

           

Saya telah ditugaskan untuk menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) selama seminggu bermula pada 20 Mac 2022 sehingga 24 Mac 2022. Ini merupakan PBS saya yang pertama sebagai guru pelatih PISMP ambilan Jun 2021. Untuk PBS kali pertama ini, saya telah memilih Sekolah Kebangsaan Pekan Baharu, Batu Pahat, Johor. Saya telah memilih untuk melaksanakan PBS di sekolah ini kerana perjalanan daripada rumah saya ke sekolah hanya mengambil lebih kurang 10 minit. Dalam melaksanakan PBS ini, saya dikehendaki untuk mencari maklumat umum berkaitan sekolah dan menjalankan tugasan yang telah dipertanggungjawabkan.

Sebelum menjalani PBS, saya dan para pelajar PISMP ambilan Jun 2021 telah diberikan taklimat sebagai peringatan ringkas mengenai tugasan yang harus dilakukan sepanjang minggu PBS. Ketua Unit Praktikum, Dr. Mohamad Asmadi Bin Samdin telah memberikan taklimat kepada kami dengan menggunakan aplikasi Microsoft Teams pada 9 Mac 2022, jam 8.00 malam. Taklimat yang diberikan adalah berkaitan dengan perkara yang kami harus laksanakan sepanjang tempoh PBS berlangsung agar kami dapat menyiapkan tugasan yang diberi dengan lancar dan baik. Beliau juga telah menyediakan platform di Google Classroom untuk memberi sebarang makluman sebelum, semasa, dan selepas PBS dan mengongsikan dokumen-dokumen yang perlu diisi oleh pelajar bagi menyiapkan portfolio PBS.

Saya telah merujuk beberapa bahan berkaitan dengan PBS di Internet seminggu sebelum menjalankan PBS di sekolah yang telah dipilih. Ini kerana, pemahaman dan pembacaan yang banyak sangat diperlukan bagi meningkatkan tahap kefahaman saya berkaitan tugasan PBS yang perlu siapkan. Saya juga dapat merangka perancangan yang rapi dan tersusun melalui maklumat yang saya dapati di Internet berkaitan PBS. Setiap perancangan ini perlu dirancang dengan rapi bagi mengelakkan diri saya keliru serta terburu-buru semasa melaksanakan PBS. Berdasarkan senarai semak tugasan yang telah diberikan di Google Classroom, saya telah mengenalpasti beberapa perkara yang perlu saya laksanakan. Saya juga menyusun beberapa kaedah dan strategi perlaksanaan harian semasa menjalankan PBS untuk memudahkan proses pencarian maklumat. Saya turut berbincang dengan rakan-rakan tentang tugasan yang diberikan. Saya telah memilih untuk memilih instrumen penilaian dalam melaksanakan PBS bagi menyempurnakan tugasan saya, iaitu pemerhatian, temu bual, dan soal selidik. Dalam melaksanakan tugasan ini, setiap instrumen adalah berdasarkan kesesuaian aktiviti. Saya membuat senarai tugasan yang perlu dilakukan sepanjang tempoh berada di sekolah tersebut. Saya juga telah menyediakan beberapa soalan untuk guru pentadbiran, guru pembimbing, kakitangan sekolah dan murid-murid.

 

3.2 Semasa PBS

 

Semasa sedang menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah, saya telah melakukan beberapa pemerhatian mengenai sekolah yang telah saya pilih. Saya telah melakukan kajian mengenai pengurusan sekolah. Sekolah ini diuruskan oleh 4 orang pentadbir yang berkarisma dan berwibawa dalam memastikan pengurusan sekolah berjalan dengan lancar. Jawatan-jawatan penting seperti Guru Besar, Penolong Kanan 1, Penolong kanan Hal Ehwal Murid dan Penolong Kanan Kokurikulum dipegang oleh dua guru lelaki serta dua guru perempuan. Guru-guru yang mengajar di sekolah ini juga majoritinya adalah guru wanita.

Semasa menjalani PBS, saya telah melakukan beberapa pemerhatian mengenai pengurusan bilik darjah dan aktiviti PdP yang dijalankan oleh guru, dengan kerjasama yang diberikan pihak sekolah saya dapat memasuki beberapa kelas bersama guru pembimbing. Setiap darjah mempunyai 2 kelas yang menggabungkan antara pelajar yang pintar, sederhana dan lemah. Melalui pemerhatian tersebut, saya dapat menyelesaikan sebahagian soalan yang berkaitan dengan tugasan PBS. Bagi menyiapkan keseluruhan tugasan ini, saya turut menemubual guru ketua panitia Pendidikan Islam bagi menjawab persoalan yang berkaitan dengan isu pendidikan semasa.

Selain itu, saya juga mengambil beberapa data tentang maklumat umum sekolah antaranya tentang prasarana, bilangan murid, bilangan guru dan bagaimana pelaksanaan SOP bagi menghadapi sesi persekolahan tahun 2022/2023. Saya telah mendapat kerjasama yang baik dari pihak sekolah yang membenarkan saya untuk meminjam Manual Pengurusan Sekolah sebagai rujukan kami. Hal ini memudahkan kami untuk mendapatkan maklumat tentang sekolah.

3.3 Selepas PBS

 

Selepas menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah, saya telah mengumpul dan mengemaskini maklumat-maklumat yang telah saya berjaya kumpulkan semasa menjalani PBS. Saya telah mempelajari mengenai teknik bertanya yang betul dan berkesan yang boleh digunakan apabila ingin mendapatkan sebarang maklumat daripada mana-mana pihak. Teknik bertanya yang betul dapat membantu saya memperolehi maklumat yang saya perlukan dengan cepat dan mudah. Berdasarkan teknik bertanya yang telah saya perolehi ini, saya dapat simpulkan bahawa apabila kita menghormati seorang manusia dengan baik, maka kita akan mendapat penghormatan yang setimpal dan begitulah sebaliknya.

Selain itu, saya juga mendapat input yang sangat berguna semasa berjumpa dengan guru besar. Banyak nasihat yang diberikan kepada saya bagi menjadi seorang guru yang dapat membentuk dan membantu anak didik yang bakal menerajui negara kelak. Tambahan lagi, beliau turut mengingatkan agar sentiasa bersikap ramah dan tidak sombong dengan sesiapa pun. Menurut beliau, jika seseorang guru itu mempunyai sifat sombong maka kerjaya guru tidak akan menyeronokkan baginya. Di samping itu, beliau juga menasihati saya supaya sentisa berkongsi ilmu bukan sahaja dengan anak murid tetapi juga sesama guru. Hal ini kerana setiap guru mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing, guru lama kaya dengan pengalaman yang pelbagai manakala guru baru mempunyai teknik pengajaran yang lebih segar dan mengikut perkembangan teknologi semasa. Oleh itu amatlah baik jika kepelbagaian kebolehan ini digabung jalinkan agar dapat membentuk kaedah pengajaran yang terbaik.

 

3.2 Laporan pelaksanaan aktiviti yang difokus

Semasa menjalankan PBS selama seminggu, saya telah melaksanakan beberapa aktiviti seperti yang telah dirancang dengan berpandukan senarai semak tugasan yang telah disediakan. Saya telah belajar untuk berinteraksi dengan komuniti di sekolah sepanjang PBS ini. Berikut adalah tindakan yang telah lakukan sepanjang tempoh PBS di SK Pekan Baharu.

Bil

Tarikh

Perkara

1

20/3/2022

(Ahad)

-       Lapor diri di SK Pekan Baharu

-       Sesi suai kenal bersama guru besar

-       Mengadakan pertemuan dengan guru pembimbing

-       Mengumpulkan maklumat umum sekolah

-       Memerhati persekitaran dan prasarana sekolah

-       Mendapatkan buku Pengurusan Sekolah 2022

2

21/3/2022

(Isnin)

-       Memerhati cara guru mengajar dan penglibatan dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Pendidikan Islam

-       Mengambil gambar suasana kelas semasa PdP dijalankan

-       Tasmik bacaan pelajar tahun 6 Efisien dan 6 Efektif

3

22/3/2022

(Selasa)

-       Menguruskan aktiviti senaman pagi

-       Memerhati cara guru mengajar dan penglibatan dalam PdP Pendidikan Jasmani & Kesihatan (PJK)

-       Mengambil gambar suasana kelas semasa PdP dijalankan

-       Membuat kerja penanaman pokok cili, serai, dan terung di taman sekolah

-       Menjalankan sesi temu bual bersama guru Bahasa Inggeris

4

23/3/2022

(Rabu)

-     Hari Keputeraan Sultan Johor (Cuti)

5

24/3/2022

(Khamis)

-       Mengikuti program Bacaan Yaasin di pejabat sekolah

-       Menjalankan sesi temu bual bersama guru pembimbing

-       Memastikan semua bahan yang diperlukan untuk PBS dan kerja kursus telah mencukupi

-       Mendapatkan pengesahan tandadatangan daripada Guru Besar

 

3.3.2 Penilaian Dan Laporan

 

Kesimpulannya, Pengalaman Berasaskan Sekolah yang telah saya jalani bermula dari 20 Mac 2022 hingga 24 Mac 2022 banyak memberi pengalaman dan pengetahuan baru kepada saya. Umum mengetahui, sekolah merupakan satu institusi penting dalam mendidik seseorang anggota individu dalam kelompok masyarakat. Pendidikan yang diterima di sekolah bukanlah hanya menumpukan kepada aspek intelek sahaja, malahan ianya merangkumi pelbagai aspek seperti jasmani, emosi, rohani dan sosial. Insan yang seimbang dan harmonis akan dapat dicapai dengan berpandukan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

Setelah menjalani tugasan ini, saya dapat mengalami sendiri suasana alam persekolahan berbanding sebelum ini, saya hanya mempelajari mengenai sekolah dalam teori-teori dan penceritaan dariada pensyarah sahaja. Sebagai guru pelatih, pengalaman menjalani tugasan ini tidak akan saya lupakan. Jika suatu ketika dahulu saya pernah menjadi seorang murid sekolah, tetapi hari ini saya telah menjadi seorang guru pelatih. Perasaan yang dialami tidaklah sama seperti semasa menjadi murid sekolah dahulu. Pengalaman yang dilalui semasa menjalani PBS yang pertama ini banyak mengajar saya supaya dapat menyesuaikan diri dengan suasana sekolah. Melalui persekitaran sekolah, saya dapat melihat sendiri tingkah laku pelajar dan para guru yang menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contohnya, saya dapat melihat sendiri bagaimana guru mengajar di dalam kelas. Pendekatan yang digunakan para guru juga berbeza mengikut kepintaran murid. Saya juga dapat mengetahui peranan kakitangan sekolah dalam memastikan sekolah sentiasa berada dalam keadaan terbaik. Sebagai contohnya, seorang guru besar berperanan penting dalam mencorakkan misi dan visi sekolah. Usaha ini tidak akan berhasil sekiranya tidak mendapat kerjasama daripada guru-guru yang lain.

Selain itu, saya juga berpeluang beramah mesra dengan para guru di sekolah. Saya berpeluang untuk makan bersama guru di meja makan guru. Dengan itu, saya turut berpeluang berbual dengan guru-guru tentang pengalaman mereka semasa mengajar, tentang isu pendidikan masa kini, tentang perkembangan semasa pelajar dan bagaimana untuk mengatasi masalah yang berlaku di sekolah. Di samping itu, saya juga bertuah kerana sekolah yang saya pilih merupakan pusat kepada pendidikan khas di daerah Batu Pahat. Oleh yang demikian saya juga berpeluang melihat sendiri bagaimana kelas pendidikan khas dijalankan.

Seterusnya, saya juga menjalankan temubual terhadap pihak pengurusan sekolah, guru-guru, kakitangan sekolah, dan murid-murid. Berdasarkan isi perbincangan yang dibincangkan, saya dapat mengetahui peranan mereka terutamanya dalam bidang pengurusan sekolah dan guru serta melalui kajian kami ke atas para pelajar. Melalui temubual ini juga ianya melatih saya supaya bersikap berani dan kemahiran interpersonal dapat diwujudkan dalam diri saya.

Kesimpulannya, tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah ini banyak membina sikap positif dalam diri guru pelatih seperti saya. Akan tetapi saya juga dapat mengesan kelemahan saya yang perlu saya perbaiki untuk menjadi seorang guru yang baik. Semoga dengan adanya tugasan ini, kita dapat memantapkan lagi ilmu keguruan untuk dijadikan pengalaman bagi memantapkan diri serta dapat menjalankan tugasan dengan lebih baik sebagaiseorang guru kelak.

 

4.0 INSTRUMEN PENGUMPULAN DATA BERHUBUNG TUGASAN

 

4.1 Pemerhatian

 

Dalam menjalankan tugasan PBS ini, saya telah menggunakan beberapa kaedah dalam mengumpulkan data berkaitan tugasan. Antaranya adalah pemerhatian. Apa yang saya dapat melalui pemerhatian saya adalah mengenai prasarana yang terdapat di sekolah ini. Secara keseluruhannya, prasarana yang disediakan di sekolah ini adalah sempurna dan mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang baik terhadap murid-murid di sini.

Selain itu, saya turut memerhatikan proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) di sekolah ini. Saya perhatikan guru-guru di sini mengajar dengan penuh dedikasi. Sekiranya terdapat guru yang bercuti, waktu P&P tersebut akan diganti oleh guru ganti. Pelbagai pendekatan yang digunakan oleh guru untuk memberi segala input kepada murid yang berada di bawah penjagaannya semasa proses pengajaran dan pembelajaran berjalan.

4.2 Temu Bual

 

Kaedah temubual juga telah saya gunakan dalam menjalankan tugasan ini. Saya telah menemubual beberapa orang responden seperti guru penolong kanan, guru panitia, guru-guru lain, kaki tangan sekolah dan murid. Semasa menjalankan temubual ini, saya telah mengemukakan beberapa soalan kepada mereka. Kerjasama yang diberikan mereka sangat baik. Saya mendapat jawapan dan kerjasama yang sangat memuaskan daripada para responden.

4.3 Soal Selidik

 

Selain dua  kaedah di atas digunakan, saya juga telah menggunakan kaedah soal selidik. Kaedah ini digunakan bagi mendapatkan maklumat tambahan mengenai sekolah tersebut. Saya telah membuat soal selidik kepada dua orang murid tahun enam yang terdiri daripada seorang murid lelaki dan seorang murid perempuan. Saya menanyakan pelajar tersebut tentang kecenderungan mereka terhadap pelajaran dan memberikan borang soal selidik untuk mereka isi.

 

5.0 KOLABORATIF

 

Untuk kolaborasi, saya telah mencatatkan rekod kolaborasi bersama beberapa guru dan kakitangan sekolah ke dalam borang kolaborasi yang disediakan berserta tandatangan pengesahan. Saya berpendapat bahawa kolaborasi adalah penting untuk mendapatkan maklumat yang kita perlukan disamping meningkatkan kemahiran berkomunikasi dengan orang lain dan juga meningkatkan keyakinan diri ketika berinteraksi.

5.1 Perbincangan dengan pengurus sekolah

LAMPIRAN 1-3

REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN

(Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual)

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

 

 

Tarikh              : 24 Mac 2022                         Masa   : 10.00 Pagi

 

 

Tajuk / Perkara           : Susana dan budaya sekolah

 

 

Isi Perbincangan

Cadangan Tindakan

 

1.    Aktiviti sukan dan kurikulum masih tidak dapat dilaksankan secara sepenuhnya seperti pada zaman sebelum penyebaran wabak Covid-19 dahulu

2.    Waris yang tidak berpuas hati dengan cara guru mendidik

3.    Murid-murid yang kurang berkemampuan

4.    Kesihatan para pelajar di sekolah pada musim Covid-19

 

·         Menunggu arahan daripada KPM sebelum dapat melaksanakan aktiviti sukan dan kurikulum secara sepenuhnya

·         Memberi penerangan kepada waris tentang kaedah pengajaran dan jika mereka masih tidak dapat menerima menyuruh mereka memindahkan anak mereka ke sekolah yang lain

·         Disediakan bantuan seperti beg dan alatan tulis untuk pelajar yang kurang bekemampuan

·         Pelajar akan diperiksa suhu badan pada setiap pagi di pintu pagar sekolah. Sekolah juga menyediakan Kit untuk memeriksa Covid-19 secara percuma kepada pelajar-pelajar terpilih dari setiap darjah

 

 

 

 

Tandatangan   : DEWI

 

Nama              : PN HJH DEWI HATI BINTI ISMAIL

 

Jawatan          : Penolong Kanan Pentadbiran

5.2 Perbincangan dengan mentor

 

LAMPIRAN 1-3

REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN

(Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual)

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

 

Tarikh              : 23 Mac 2022                         Masa   : 9.30 Pagi

 

 

Tajuk / Perkara           : Tingkah laku murid semasa belajar di dalam kelas

 

 

Isi Perbincangan

Cadangan Tindakan

 

1.    Pelajar suka berbual-bual bersama rakan semasa belajar

2.    Pelajar cepat mengantuk semasa belajar di dalam kelas.

  1. Pelajar suka membuat bising semasa guru tiada di dalam kelas
  2. Cara guru mengawal kelas yang bising

5.       Cara membuatkan pelajar suka belajar dengan seseorang guru

 

·         Letakkan pelajar tersebut berjauhan dengan rakannya agar mereka tidak dapat berbual

·         Menggunakan elemen kreatif seperti muzik dan pergerakan kreatif agar - mereka tidak berasa bosan

·         Menyuruh ketua kelas menulis nama pelajar yang bising di papan putih

·         Guru perlu bijak mengambil hati pelajar dengan cara memberikan ganjaran berupa coklat kepada pelajar sekiranya mereka senyap

·         Guru perlu kerap melakukan komunikasi dua hala bersama para pelajar seperti berbual mengenai aktiviti seharian mereka

 

 

 

 

Tandatangan   : NAFISAH

 

Nama              : Siti Nafisah Binti Nandir

 

Jawatan          : Guru Pendidikan Islam


6.0 ILMU/PENGETAHUAN BARU MELALUI KAEDAH

 

6.1 Pemerhatian

 

Melalui pemerhatian yang telah saya jalankan, banyak ilmu baru yang telah saya perolehi. Setelah beberapa hari menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah Kebangsaan Pekan Baharu, saya telah memperolehi banyak pengetahuan baru melalui pemerhatian yang telah saya jalankan sepanjang berada di sekolah tersebut.

Memandangkan sesi persekolahan baru bermula, maka fokus guru pada minggu pertama pembelajaran adalah untuk menarik semula minat pelajar untuk datang ke sekolah. Selain itu, guru juga memberi penerangan tentang apa yang akan di pelajari sepandang sesi persekolahan tersebut. Bagi mata pelajaran Pendidikan Islam sesi tasmik bacaan Al-Quran/Iqra’ dijalankan untuk menguji bacaan murid selepas lama bercuti. Untuk murid tahun satu pula minggu pertama ialah minggu orentasi dimana murid tahun satu di bawa untuk mengelilingi sekolah dan melihat prasarana yang terdapat disekolah contohnya seperti, pusat sumber, makmal komputer, padang sekolah, kantin dan banyak lagi.

Daripada segi disiplin pula, saya amat berpuas hati dengan disiplin yang tinggi dalam kalangan pelajar di SK Pekan Baharu. Pematuhan kepads SOP amat memuaskan. Contohnya setiap pagi murid akan mengikut laluan yang disediakan untuk ke kelas dan mengambil suhu terlebih dahulu. Semasa rehat, murid diatur untuk membeli makanan secara bergilir mengikut kelas dan makan di dalam kelas masing-masing. Pelajar tidak dibenarkan makan di kantin sekolah. Dengan SOP ini, penularan kes Covid 19 dalam kalangan warga sekolah SK Pekan Baharu dapat dielakkan.

Selain itu, saya juga mendapati bahawa kawasan sekolah turut dihiasi dengan mural yang dapat menarik perhatian murid-murid. Mural yang dilukis sangat cantik turut disertai dengan pelbagai kata-kata, formula dan sebagainya. Dengan adanya mural ini, ianya dapat menambahkan ilmu para pelajar dan menguatkan ingatan tentang sesuatu yang telah dipelajari. Kebersihan di kawasan sekolah juga sangat memuaskan. Guru-guru juga menunjukkan sikap komited terhadap tugas yang dipertanggungjawabkan. Para guru dilihat menepati masa untuk memulakan kelas masing-masing. Para guru juga mengajar di setiap kelas pada waktu yang ditentukan dan sekiranya guru tersebut tidak hadir, maka seorang guru yang lain akan ditugaskan sebagai guru ganti bagi masa tersebut.

Gambar semasa pemerhatian:

 

Gambar 1 Bilik Mesyuarat

 

Gambar 2 Bilik Mesyuarat

 

Gambar 3 Pusat Akses

 

Gambar 4 Pusat Akses

 

Gambar 5 Surau

 

Gambar 6 Surau

 

 

 

Gambar 7

Bilik Operasi Pentaksiran

Gambar 8 Bilik J-Qaf

 

Gambar 9

Bilik Pengurusan Sukan

 

Gambar 10 Makmal Sains

 

Gambar 11 Pusat Sumber Sekolah

 

Gambar 12 Bilik AADK

 

 

 

 

 

 

Gambar 13 Bilik Muzik

Gambar 14 Bilik Muzik

 

Gambar 15

Bilik Bimbingan dan Kaunseling

 

Gambar 16 Makmal Komputer

 

Gambar 17 Bikik Prasekolah

 

Gambar 18

Bikik Pendidikan Khas

 

Gambar 19

Bilik Salin Pakaian Murid

 

Gambar 20 Bengkel Kayu

 

Gambar 21 Gerbang Nama Sekolah

 

Gambar 22 Pondok Keselamatan

 

Gambar 23 Tapak Perhimpunan

 

Gambar 24 Taman Permainan

 

Gambar 25 Kolam Ikan

 

Gambar 26 Tempat Beristirehat

 

 

 

 

 

 

 

Gambar 27 Tandas

Gambar 28 Padang Sekolah

 

Gambar 29 Track Simulasi

 

Gambar 30 Taman

 

Gambar 31 Gelanggang Serbaguna

 

Gambar 32 Dewan Perhimpunan

 

Gambar 31 Pondok Pekerja Swasta

 

Gambar 32 Bilik Darjah

 

6.2 Temu bual

 

Temu bual berlaku dalam dua keadaan iaitu secara langsung dan tidak langsung. Temu bual secara langsung ialah apabila saya meminta izin daripada guru berkenaan untuk bertanya beberapa soalan manakala temubual tidak langsung pula ialah semasa saya berinteraksi dengan guru-guru semasa di kantin atau di dalam bilik guru. Melalui sesi ini saya menerima banyak pengetahuan tentang alam pendidikan. Para guru tidak segan berkongsi pengalaman dan pengetahuan mereka kepada saya. Saya juga belajar untuk berinteraksi dengan betul melalui penyusunan kata dan tingkah laku yang baik agar tidak menimbulkan rasa tidak disenangi oleh para guru.

Melalui temu bual yang saya jalankan, banyak ilmu yang telah saya perolehi. Dalam temu bual yang telah saya laksanakan, pelbagai topik telah diutarakan yang kebanyakkannya berkisar mengenai ilmu pendidikan dan sekolah itu sendiri. Banyak perkara dan maklumat yang diperolehi. Saya telah menemubual beberapa pihak seperti Guru Penolong Kanan 1, guru panitia, kakitangan sekolah dan murid.

Banyak ilmu yang telah saya perolehi daripada kaedah temu bual ini. Antaranya tentang pengajaran dan pembelajaran di rumah (PDPR). Saya mengetahui tentang bagaimana guru memainkan peranan mendidik murid semasa PDPR. Selain itu, saya juga dapat mengetahui tentang bagaimana pentaksiran diadakan memandangkan peperiksaan awam seperti PT3 dan UPSR telah dumansuhkan. Seterusnya saya juga dapat mengtahui tentang masalah disipilin dalam kalangan murid dan bagaimana guru disiplin mengatasi masalah tersebut. Disamping itu, saya juga dapat mengetahui tentang peranan pihak pentadbiran sekolah dalam memastikan kecemerlangan sekolah dalam bidang akademik mahupun kokurikulum. Bagi mendapatkan maklumat sedemikian saya telah merancang soalan terlebih dahulu sebelum memulakan sesi temubual. Hal ini bagi memastikan sesi temubual itu berjalan lancar dan tidak membazirkan masa guru.

6.3 Soal Selidik

 

Saya telah menjalankan soal selidik kepada seorang murid lelaki dari kelas 6 Efektif dan seorang perempuan dari kelas 6 Efisien. Tujuan soal selidik ini diadakan ialah bagi melihat perbezaan individu tentang persoalan yang kami timbulkan. Oleh itu kami telah memilih murid lelaki dan perempuan kerana perbezaan jantina juga mempengaruhi perbezaan individu.

Melalui soal selidik yang telah saya jalankan saya mendapati bahawa murid lelaki lebih gemar barmain atau bersukan berbanding murid perempuan. Hal ini jelas kerana murid lelaki lebih aktif dari segi fizikal berbanding murid perempuan. Selain itu saya juga mendapati murid lelaki lebih gemarkan subjek mengira berbanding bahasa. Ianya bertepatan dengan teori kecerdasan pelnagai Howard Gadner. Oleh hal yang demikian para guru perlu mengambil berat akan hal ini supaya dapat mengimbangi kelebihan dan kekurangan murid berdasarkan perbezaan individu. Borang soal selidik saya lampirkan pada muka surat sebelah.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

7.0 MURID DAN ALAM BELAJAR

7.1 Lukis Semula Susun Atur Bilik Darjah Dan Huraikan Kesesuaian Mengikut Kaedah PdP Semasa

Meja guru

Rak buku/Al-Quran

Papan Putih

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


7.2 Bahan Dan Sumber Yang Mudah Digunakan Oleh murid

 

PdP yang berkesan bukan sahaja bergantung kepada cara guru mengajar atau menyampaikan ilmu tetapi ia juga dipengaruhi oleh bahan bantuan mengajar yang digunakan oleh para guru. Sepanjang saya menajalani PBS di SK Pekan Baharu selama seminggu saya mendapati terdapat beberapa bahan bantuan mengajar yang digunakan oleh guru-guru disekolah tersebut.

7.3 Sumber Pembelajaran yang Berasaskan TMK

 

Pendidikan dan TMK saling memerlukan antara satu sama lain ibarat aur dengan tebing. Oleh kerana negara dilanda pandemik, maka aplikasi TMK ialah inisiatif terbaik bagi meneruskan kelangsungan pendidikan di Malaysia. Oleh yang demikian juga terdapat banyak bahan berbentuk nota, audio, video, latihan dan modul yang disediakan oleh para guru secara atas talian. Justeru murid-murid di sekolah telah diberi ruang untuk menggunakan TMK sebagai sumber pembelajaran. Hal ini turut disokong oleh kemudahan fasiliti yang disediakan oleh pihak sekolah. Di SK Pekan Baharu terdapat sebuah makmal komputer yang boleh digunakan oleh guru dan murid. Dengan ini guru juga boleh mengajar dengan menggunakan kemudahan TMK. Selain itu, ia juga akan menarik minat murid kerana lazimnya murid-murid pada masa kini amat berminat dengan TMK.

Sungguhpun begitu, para guru perlu memantau aktiviti pelajar sama ada mereka benar-benar mengikuti pelajaran atau mereka mengambil kesempatan untuk melayari internet. Contohnya ada murid yang mengambil kesempatan untuk menonton video di Youtube tanpa kebenaran guru. Hal ini akan menganggu tumpuan mereka terhadap pengajaran. Oleh itu, guru perlulah memastikan perkara sedemikian tidak berlaku semasa pelajar menggunakan komputer.

 

 

7.4 Penglibatan Murid Dalam Aktiviti Pembelajaran

 

Di SK Pekan Baharu semua murid diwajibkan untuk mengikuti setiap aktiviti pembelajaran. Murid yang didapati tidak mengikuti PdP tanpa alasan yang kukuh akan dikenakan tindakan disiplin. Sepanjang tempoh saya berada di sekolah tersebut, saya mendapati kesemua murid dapat melibatkan diri dengan aktif dalam aktiviti pembelajaran. Memandangkan ia minggu pertama persekolahan secara bersemuka setelah sekian lama belajar secara atas talian. Keterujaan dapat dilihat pada wajah murid-murid yang begitu bersemangat untuk hadir semula ke sekolah bersama rakan-rakan mereka. Namun begitu pematuhan SOP tetap diberi penekanan oleh pihak sekolah bagi mengekakkan jangkitan Covid-19 dalam kalangan pelajar dan guru-guru.

Akan tetapi laut mana yang tidak bergelora, terdapat juga segelintir murid yang meragam apabila dihantar ke sekolah. Ada yang menangis kerana ditinggalkan ibu bapa, ada yang tidak mahu memasuki kelas kerana takutkan guru dan pelbagai lagi ragam murid-murid. Sungguhpun begitu, para guru di SK Pekan Baharu sememangnya sudah masak dengan perkara sedemikian dan mereka menghadapinya dengan sabar sehingga dapat membuatkan murid-murid seronok untuk datang ke sekolah. Hal yang demikian jelas menunjukkan bahawa betapa guru-guru inginkan yang terbaik untuk anak didik mereka.

 

 

 

 

 

 

 

 

Text Box: REFLEKSILAMPIRAN 1-5

AMALAN REFLEKSI

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar.)

 

 

1.  Isu / Perkara yang difokuskan:

·         Tasmik bacaan Al-Quran Kelas 6 Efektif dan 6 Efisien (21/3/2022)

 

 

2.  Analisis Isu / Perkara yang difokuskan:

 

2.1  Kekuatan:

·         Dapat mengenalpasti kesalahan dalam bacaan murid.

·         Dapat membetulkan bacaan murid

·         Memberitahu cara bacaan Al-Quran yang betul

 

 

 

 

 

2.2  Kelemahan:

·         Kekangan masa

·         Guru tidak dapat memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap semua pelajar

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

3. Cadangan Penambahbaikan:

·         Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut tahap bacaan dengan ini guru dapat memberikan tumpuan yang lebih terhadap murid

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Text Box: REFLEKSILAMPIRAN 1-5

AMALAN REFLEKSI

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar.)

 

 

1.  Isu / Perkara yang difokuskan:

·         Kedatangan pelajar ke sekolah pada waktu pagi (24/3/2022)

 

 

2.  Analisis Isu / Perkara yang difokuskan:

 

2.1  Kekuatan:

·         Dapat mematikan keselamatan pelajar yang hadir ke sekolah

·         Dapat memstikan pematuhan SOP

·         Guru dapat beramah mesra bersama waris pelajar

 

 

 

 

 

2.2  Kelemahan:

·         Perjalanan keluar masuk murid agar tidak teratur kerana kesesakkan jalan

·         Segelintir kenderaan yang memandu dalam keadaan tidak selamat

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

3. Cadangan Penambahbaikan:

·         Pihak sekolah perlu menyediakan ruang menunggu kepada waris supaya perjalanan untuk menghantar lebih sistematik dan mengelakkan kesesakkan lalulintas

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

8.0 LAPORAN AKHIR

 

Pelaksanaan Pengalaman Berasaskan Sekolah amat berguna kepada guru pelatih seperti saya. Hal Ini kerana, tugasan ini memerlukan saya menjalankan tugasan di sekolah rendah. Dalam memilih sekolah, saya telah memilih Sekolah Kebangsaan Pekan Baharu. Pemilihan sekolah ini dibuat kerana ianya merupakan sebuah sekolah yang berada berdekatan dengan rumah saya. Setelah beberapa hari menjalankan tugasan ini, saya dapati ianya sangat membina sikap positif dalam diri saya. Antara sikap positif yang terbentuk ialah keyakinan diri. Ianya memupuk sifat bergaul dengan pelbagai golongan yang ada di sekolah seperti guru-guru, kakitangan, pengawal keselamatan dan murid-murid. Ketika berhadapan dengan murid, saya belajar untuk memahami diri mereka dan dapat berinteraksi dengan mereka. Saya juga belajar bagaimana untuk mengawal keadaan kelas.

Bukan itu sahaja, malahan saya juga diberi penerangan bagaimana aktiviti kokurikulum dijalankan di sekolah ini baik semasa pandemik dan sebelum pandemik. Aktiviti kokurikulum yang dijalankan bukan sahaja merangkumi bidang sukan, malahan kelab dan persatuan serta unit beruniform. Penglibatan oleh murid-murid dalam bidang kokurikulum adalah menyeluruh. Hal yang demikian membuktikan bahawa meskipun berada dalam kekangan pandemik yang membataskan aktiviti kokurikulum namun ia tidak membataskan bakat yang terpendam dalam diri murid jika berjaya digilap dengan baik oleh pihak sekolah.

Selain itu, sekolah ini turut memantapkan sahsiah dan rohani dalam kalangan murid-muridnya. Pelbagai program dianjurkan oleh pihak sekolah seperti bacaan yassin pada setiap hari Khamis. Selain itu, terdapat juga program Kem Bestari Solat bertujuan untuk membetulkan cara solat murid-murid dan memupuk kesedaran bahawa pentingnya menjaga solat dalam kehidupan

Berdasarkan tugasan ini, dapatlah saya mengetahui bahawa saya banyak belajar mengenai suasana sekolah yang sebenar sekaligus dapat memahami budaya sekolah, organisasi sekolah dan prasarana yang perlu ada dalam mewujudkan pembelajaran yang berkesan. Saya berharap agar PBS yang seterusnya saya akan lebih bersemangat dan dapat memperbaiki kekurangan pada PBS yang pertama ini. Semoga saya dapat menjadi seorang guru yang berdedikasi kelak.

 


Post a Comment

0 Comments